Lelaki dakwa temui ukiran wajah seseorang pada gunung di Planet Marikh

Lelaki dakwa temui ukiran wajah seseorang pada gunung di Planet Marikh. Seorang lelaki di Taiwan percaya bahawa dia telah menemui ukiran wajah makhluk asing pada batuan di sebuah gunung di Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C Waring merakam penampakan wajah aneh itu baru-baru ini.

Dia percaya bahawa ukiran tersebut mungkin berusia sehingga 10,000 tahun dan boleh menjadi bukti bahawa terdapat kehidupan lampau yang menghuni planet itu.

Lelaki

BACA JUGA : Hanya negeri fasa 4 boleh jalani sesi persekolahan bersemuka

“Saya menjumpai wajah makhluk asing kuno yang diukir daripada pandangan sisinya di atas sebuah gunung.

“Wajah itu dibina di lereng gunung dan mirip arca-arca Presiden Amerika Syarikat yang diukir pada Gunung Rushmore Melihat kepada permukaannya, saya fikir ini berusia lebih 10,000 tahun,” katanya.

Tambah Waring, wajah itu memberikan gambaran tentang wajah makhluk asing di Marikh.

BACA JUGA : [Video] Beratur bawah terik matahari untuk dapatkan vaksin, seorang jatuh pengsan

Dia juga menganggap makhluk asing itu sebagai pintar kerana mengukir wajahnya pada bahagian sisi gunung itu.

“Ini merupakan bukti yang tidak dapat disangkal lagi bahawa kehidupan pintar pernah menghuni planet Marikh,” katanya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/23/lelaki-temui-wajah-makhluk-asing-pada-gunung-di-marikh/

COMMENTS

Wordpress (0)