Lelaki berpakaian seragam tentera ‘kantoi’, CCTV rakam aksi jilat tangan pekerja kedai vape

Seorang lelaki memakai pakaian seragam tentera bertindak melampau mencabul seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang, dengan menjilat tangan wanita berkenaan, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape, sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata selepas itu, suspek masuk semula ke dalam kedai dan memberitahu ‘pod’ vape dibelinya tidak berfungsi.

Lelaki berpakaian seragam tentera 'kantoi', CCTV rakam aksi jilat tangan pekerja kedai vape

Suspek melepaskan tangan mangsa selepas diberitahu kedai berkenaan mempunyai kamera litar tertutup.

Farouk berkata, mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baharu.

“Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan serta turut menjilat tangan mangsa.

“Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Farouk berkata, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/07/perbuatan-lelaki-cabul-pekerja-wanita-kedai-vape-dirakam-cctv/

BACA JUGA : Rasuah pengurusan jenazah : Lima ditahan SPRM

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA: Lelaki berpakaian seragam tentera ‘kantoi’, CCTV rakam aksi jilat tangan pekerja kedai vape […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Lelaki berpakaian seragam tentera ‘kantoi’, CCTV rakam aksi jilat tangan pekerja kedai vape […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Lelaki berpakaian seragam tentera ‘kantoi’, CCTV rakam aksi jilat tangan pekerja kedai vape […]