Lee Chong Wei bantu KJ kempen, siap main badminton sekali

Lee Chong Wei bantu KJ kempen, siap main badminton sekali

Lee Chong Wei bantu KJ kempen, siap main badminton sekali. Kesibukan berkempen yang memasuki minggu kedua, tidak menghalang calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin beriadah dan menjalani gaya hidup sihat.

Beliau juga terus menjadi tumpuan orang ramai apabila berlawan sebagai pasangan regu badminton dengan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Dr Lee Chong Wei, pagi ini.

Menteri Kesihatan itu antara lain meluangkan masa hampir sejam mendekati golongan muda di program Santai Badminton bersama Chong Wei yang juga pemenang pingat perak tiga kali pada Kejohanan Badminton Dunia, di Kampung Baru Subang, di sini.

Mengulas penganjuran acara itu, Khairy mengakui berbangga dengan penyertaan Chong Wei, selain berharap beliau akan terus memberi inspirasi kepada golongan muda untuk beraksi di arena sukan negara dan antarabangsa.

“Kami berdua memang sudah lama berkawan, sejak saya belum memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan. Kita bangga dan bertuah kerana Chong Wei dapat menyertai program pagi ini.

Lee Chong Wei bantu KJ kempen, siap main badminton sekali

“Saya harap Chong Wei akan terus memberi inspirasi kepada pemain muda untuk bekerja keras sebagai atlet. Beliau merangkul gelatan pemain nombor satu dunia bukan hanya kerana bakatnya, sebaliknya turut disumbangkan melalui kerja keras,” katanya.

Pada program itu, Khairy dan Chong Wei meluangkan masa beraksi sebagai pasangan regu menentang pengajur acara berkenaan, Lee Tick Wah serta bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih Dewan Badminton Yosin, Lee Winnie.

Pasangan itu turut meluangkan masa bermain badminton dengan beberapa anak muda, antaranya pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Subang, Wong Chee Hin, 14.

Ditanya tahap penerimaan dalam kalangan pengundi baharu, Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu berharap, pemilih belia akan memanfaatkan peluang bagi menentukan masa hadapan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya berharap pengundi muda dan baharu akan keluar beramai-ramai untuk mengundi pada 19 November ini. PRU15 platform pertama mereka sejak pindaan Perlembagaan menurunkan had umur pengundi dibuat.

“Semakin ramai yang mengambil tahu mengenai pilihan raya dan platform media sosial sangat penting untuk generasi muda. Mungkin saya tak berkesempatan berjumpa setiap seorang anak muda. Namun, paling utama di platform media sosial, mereka memang tertarik dengan kempen pilihan raya kali ini,” katanya.

Sementara itu, Chong Wei ketika mengulas penyertaan di acara berkenaan, menegaskan pembabitannya bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan generasi muda, selain menafikan beliau dibayangi mana-mana parti politik.

“Saya datang ke program pagi ini kerana KJ (Khairy) bekas Menteri Belia dan Sukan yang banyak membantu saya sebelum ini.

“Saya juga mahu memeriahkan lagi program ini, sekali gus membangkitkan lagi semangat kesukanan golongan muda di sini. Saya mahu lebih ramai anak muda bermain badminton,” katanya.

BACA:

Penampilan terkini pasangan Sultan Kelantan dan isteri jadi bualan ramai

Penampilan Syafinaz di live GV buat penonton tak selesa, “seksi sangat ni!”

“Saya hanya ada Instagram, bukan Tiktok saya tu” – Syamsul Yusof

CATEGORIES