Lebuhraya utara-selatan sesak teruk hujung minggu ni - PLUS

Lebuhraya utara-selatan sesak teruk hujung minggu ni – PLUS

Lebuhraya utara-selatan sesak teruk hujung minggu ni – PLUS. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di atas lebuh raya kendaliannya sehingga 1.9 juta sehari berikutan cuti tiga hari bermula Jumaat ini.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata sehubungan itu, pihaknya menjangkakan kesesakan di atas lebuh raya dan pengguna dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing.

“Sejak beralih ke fasa endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian seperti tempoh prapandemik iaitu 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari-hari biasa.

“Justeru, sebelum memasuki lebuh raya, pelanggan dinasihatkan menambah nilai kad Touch ‘n Go dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mencadangkan orang ramai memuat naik Aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Lebuhraya utara-selatan sesak teruk hujung minggu ni - PLUS

“Pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi laman sosial PLUS seperti Twitter @PLUSTrafik; talian PLUS 1800-88-0000; Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih,” katanya.

Pada masa sama, katanya, orang ramai masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti digariskan oleh Kementerian Kesihatan dan menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak.

BACA:

MB Kedah tak puas hati, perli JDT selepas kalah 1-3

Wanita rugi RM246K selepas bank tersalah sita rumah

Diskaun bayaran PTPTN akan diumum dalam waktu terdekat

CATEGORIES