Lebih separuh lelaki Malaysia kahwin di selatan Thai ada gelaran ‘Datuk’

Lebih separuh lelaki Malaysia kahwin di selatan Thai ada gelaran ‘Datuk’. Lelaki yang mempunyai gelaran ‘Datuk’ membentuk lebih separuh daripada rakyat Malaysia yang melintasi sempadan Malaysia-Thailand untuk mengikat tali perkahwinan di Narathiwat, petik laporan New Straits Times.

Majlis Agama Islam Narathiwat berkata mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mendapat kebenaran daripada isteri pertama mereka di tanah air, yang merupakan pra-syarat di Malaysia.

Difahamkan sebelum pandemik COVID-19, kira-kira 100 lelaki Malaysia akan berkahwin di selatan Thailand setiap bulan. Selepas sempadan dibuka semula, angka itu kini berjumlah 40 hingga 70 rakyat Malaysia di wilayah kecil Sungai Golok sahaja.

Baca Artikel Penuh