Lebih RM12,000 dibelanja rawat seorang penagih dadah setahun

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM12,775 bagi kos rawatan pemulihan dadah seorang penagih setahun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini jumlah berkenaan dianggarkan bersamaan RM35 perbelanjaan sehari.

“KDN melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan membelanjakan purata sebanyak RM35 seorang untuk kos pemulihan bagi seorang penagih sehari dan secara kasar perbelanjaan kos sebulan bagi seorang penagih sebanyak RM1,050 atau RM12,775 setahun,” katanya.

BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada 15/07/2019

COMMENTS

Wordpress (0)