Lebih 8,000 kes hari ini melibatkan individu tidak bergejala

Lebih 8,000 kes hari ini melibatkan individu tidak bergejala. Lebih 90 peratus atau 12,684 kes daripada 13,215 kes yang dikesan hari ini adalah pesakit COVID-19 kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 8,047 kes adalah pesakit kategori satu iaitu tidak mempunyai gejala.

“Sejumlah 4,637 kes dikesan hari ini adalah kategori dua atau pesakit COVID-19 yang bergejala ringan.

“Bagi kategori tiga hingga lima, sebanyak 531 kes dilaporkan. Pesakit kategori ini mempunyai jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/839786/lebih-8000-kes-dikesan-hari-ini-tidak-bergejala

BACA JUGA : 296 rakyat Malaysia bertuah dapat tunai haji tahun ini