Lebih 110 ahli parlimen masih sokong kerajaan. Walaupuan Istana Negara memaklumkan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pembatalan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, majoriti Ahli Parlimen masih menyokong kerajaan pentadbiran kerajaan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih 110 Ahli Parlimen masih bersama kerajaan hari ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen, yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.
“Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” katanya yang juga ketua whip kerajaan.
Ismail turut memaklumkan, pihaknya menjunjung titah Agong menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana negara hari ini.
“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19,” katanya.
Terdahulu, Istana Negara memaklumkan, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong menegaskan kenyataan Takiyuddin pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/29/majoriti-ahli-parlimen-masih-sokong-kerajaan-kata-tpm/