Larangan merokok di kedai makan akan dikuatkuasa kembali – KJ

Mesti ramai perokok di luar sana yang sudah mula lupa tentang larangan merokok di restoran kan? Maklumlah, penguatkuasaan larangan ini pada awalnya sangat berkesan dan ia semakin dilupakan. Tapi sebenarnya ianya tidak dilupakan sama sekali!

Selepas kerajaan membuka kembali ekonomi negara dan membenarkan orang ramai merentas negeri, kebanyakan tempat sudah kembali beroperasi seperti biasa dengan pematuhan SOP.

Terkini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui Twitter memaklumkan dia telah mengarahkan pasukan penguatkuasa untuk memantau semula perokok.

Larangan merokok di kedai makan akan dikuatkuasa kembali - KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi. Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung. – Tulisnya.

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2018, dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Jan 2020 lalu. Jadi kami nasihatkan perokok untuk mematuhi larangan ini dan jangan terleka. Jika tidak duit anda yang akan melayang.

KJ tingkatkan semula larangan merokok ini selepas dimohon seorang lelaki

KJ dilihat memaklumkan semula peningkatan larangan merokok di restoran ini selepas melihat permohonan seorang pengguna Twitter yang membangkitkan isu ini. Individu itu memaklumkan dia melihat semakin ramai perokok yang berani melanggar larangan itu umpama ia sudah telah dihapuskan.

BACA JUGA : Panas !!! Azmin bakal dilantik TPM dalam rombakan kabinet baru?
Parti kecil, tiada akar umbi seperti Bersatu tak wajar letak syarat untuk kerjasama – Pemimpin BN
Panas !!! Sajat dakwa diraba pegawai agama

CATEGORIES