Lapan wakil GPS dilantik dalam kabinet Ismail Sabri

Lapan

Lapan wakil GPS dilantik dalam kabinet Ismail Sabri. Pelantikan lapan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam barisan Kabinet disifatkan sebagai pengiktirafan untuk rakyat negeri Bumi Kenyalang.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menzahirkan pendirian sedemikian berkata, ia amanah dan tanggungjawab besar, demi rakyat serta negara.

“Saya sedar dan insaf, pada ketika rakyat masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, rakyat menaruh harapan cukup besar kepada Kabinet baharu ini.

“Seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kabinet ini adalah pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat, yang perlu bertindak pantas dan bersepadu.

“Fokus kita sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik, menangani pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara, demi kelangsungan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya pada kenyataan hari ini.

GPS

Berdasarkan pengumuman barisan Kabinet oleh Ismail Sabri, lapan wakil GPS masing-masing dilantik menjawat satu jawatan menteri kanan, tiga menteri penuh dan empat timbalan menteri.

Menyedari cabaran getir yang menanti pentadbiran kerajaan, Fadillah yang juga Menteri Kanan (Kerja Raya) menggesa ahli politik tanpa mengira parti dan seluruh lapisan masyarakat, bersama-sama memainkan peranan membantu menjayakan usaha ke arah pemulihan Malaysia.

“Peranan media juga amat penting dan dalam hal ini, saya berterima kasih kerana selama ini, media sememangnya banyak membantu usaha kerajaan dalam menangani pandemik.

“Semua pihak perlu berpadu tenaga dan menghentikan unsur-unsur negatif demi membebaskan negara daripada ancaman pandemik,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/747592/8-wakil-gps-dalam-kabinet-adalah-pengiktirafan-kepada-rakyat-bumi-kenyalang

BACA: Panas !!! 2 pemimpin Pas gugur dari kabinet

COMMENTS

Wordpress (0)