Lantikan Tajuddin sebagai duta Indonesia ditangguh

Lantikan Tajuddin sebagai duta Indonesia ditangguh

Lantikan Tajuddin sebagai duta Indonesia ditangguh.Laporan media yang menyebut Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia hari ini adalah tidak tepat, menurut seorang sumber.

Beliau ketika dihubungi berkata, majlis penyampaian watikah tersebut telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan selain Tajuddin, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan untuk menyampaikan watikah kepada empat lagi ketua perwakilan ke negara Jepun, Arab Saudi, Iran dan Korea Selatan.

Terdahulu, Tajuddin dipetik portal Free Malaysia Today sebagai berkata, beliau telah menerima jemputan ke Istana Negara untuk menerima watikah tersebut.

Sementara itu, Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Al-Sultan Abdullah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.

Lantikan Tajuddin sebagai duta Indonesia ditangguh

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda kini sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program terdekat yang melibatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah ditangguhkan ke tarikh-tarikh tertentu yang akan diumumkan kelak.

BACA:

Krisis bekas isteri, orang ramai nasihat Fizi Ali tiru cara Sharnaaz dan Erra Fazira

Menitis air mata Yusof Haslam, rayu Sarah dan Syamsul pertahan rumah tangga

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Lantikan Tajuddin sebagai duta Indonesia ditangguh […]