Lantik ahli politik jadi pengerusi bawa bahaya pada FELDA

Lantik ahli politik jadi pengerusi bawa bahaya pada FELDA

Bekas Pengerusi Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahril Abd Samad menyatakan kesilapan Pakatan Harapan melantik tokoh koporat sebagai Pengerusi FELDA telah meletakkan FELDA dalam bahaya.

Suka untuk mengingatkan Tan Sri pada 17 Januari 2017 setelah lebih kurang dua minggu menjawat jawatan, Tan Sri sendiri akui bahawa FELDA terdapat banyak berlaku ketirisan sehingga mengalami kerugian yang besar dan berhutang berbilion ringgit.

FELDA mengalami masalah kewangan yang sangat meruncing sehingga membawa kepada penjualan saham Maybank dan aset lain seperti hotel di London mengukuhkan aliran tunainya.

Tan Sri juga mengakui keputusan ahli politik yang meneraju FELDA membuat keputusan
memajakkan tanah ladang dan kilang FELDA untuk menyenaraikan ke bursa saham antara
punca utama FELDA telah terjerumus ke lembah bahaya.

Akibatnya, FELDA hilang pendapatan, hutang meningkat melalui laporan kewangan FELDA tahun 2017 kepada RM12 bilion dan kerugian pada RM4.9 bilion. Kesan daripada itu pada tahun yang sama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mengumumkan peneroka FELDA telah berhutang sebanyak RM5 bilion.

Ketika Tan Sri memegang jawatan sebagai Pengerusi FELDA juga tidak terlepas daripada
kontroversi, antaranya adalah isu pertukaran hak milik tanah Jalan Semarak yang diragui.

Berita Penuh:https://malaysiadateline.com/bahaya-letak-ahli-politik-felda-dari-gemilang-kepada-berhutang/