Langgar SOP : RM2.7 juta kompaun dikutip sepanjang PKP di Terengganu

Sebanyak 1,048 kompaun berjumlah RM2.7 juta dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, daripada jumlah itu, Dungun mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 473 kompaun diikuti Kemaman (233 kompaun) dan Setiu (80 kompaun).

Langgar SOP : RM2.7 juta kompaun dikutip sepanjang PKP di Terengganu

“Malah, sejak Terengganu memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat lalu, sebanyak 24 kompaun telah dikeluarkan

“22 daripadanya membabitkan kesalahan membawa penumpang melebihi had di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Paka, Dungun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/rm2-7-juta-kompaun-langgar-pkp-di-terengganu/

BACA JUGA : Terkini !!! Restoran, kedai serbaneka dibenar beroperasi hingga 12 malam

COMMENTS

Wordpress (0)