Langgar SOP : Kes Neelofa, suami ditangguh lagi

Neelofa

Langgar SOP : Kes Neelofa, suami ditangguh lagi. Sebutan semula kes pendakwaan selebriti popular Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai ditangguhkan sekali lagi pada 24 September depan.

Peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, kes itu sepatutnya disebut semula hari ini tetapi dijadualkan semula atas arahan mahkamah.

“Tarikh pengurusan kes Neelofa dan suami dijadualkan semula pada 24 September depan berikutan pematuhan kepada Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bil. 9 Tahun 2021,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Neelofa

Sebelum ini, Kosmo melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/12/kes-neelofa-suami-ditangguh-lagi/

BACA: Gempar !!! Blogger Umno dakwa Muhyiddin hantar surat letak jawatan pagi ini

COMMENTS

Wordpress (0)