Lamar bakal isteri dengan 2 bitcoin, wanita terkejut bila tahu jumlah RM450 ribu

Lamar bakal isteri dengan 2 bitcoin, wanita terkejut bila tahu jumlah RM450 ribu

Melamar kekasih hati dengan sejambak bunga mawar atau maskahwin mungkin perkara biasa yang selalu kita dengar. Secara umumnya, itulah simbolik dan tanda cita seseorang itu kepada pasangannya.

Tapi apa yang berlaku di Indonesia ini memang betul-betul tak terfikir dek akal apabila seorang lelaki dari Riau, Raja Muhammad Hasbi, 47, tekad melamar kekasih hatinya, Bau Tenri Abeng, 31, dengan dua keping bitcoin.

Lamaran unik ini berlangsung dalam satu majlis di Makassar pada 6 April baru-baru ini. Segalanya tular bermula selepas pengacara majlis perkahwinan tersebut, Mismaya Alkhaerat berkongsi tentangnya ke laman Facebook.

Dalam perkongsian itu, dia menyatakan bahawa pengantin lelaki berkenaan, Raja Muhammad Hasbi ‘bertandang’ ke majlis itu dengan membawa wang hantaran berupa dua keping bitcoin bernilai kira-kira 1.6 bilion Rupiah (anggaran RM451,167.80).

“Ya betul, Puan Tenri dilamar dengan dua bitcoin sebagai wang hantaran. Satu bitcoin harganya 800 juta Rupiah (RM225,583.80), selain itu mahar tiga keping emas (gold bar), sepasang barang kemas dan satu set kelengkapan solat,” katanya.

Difahamkan, walaupun sangat unik dan ‘jarang dibuat orang’, namun majlis raikan cinta itu hanya diraikan dalam skala kecil bersama ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Jelas Mismaya lagi, cinta kedua-dua mempelai itu mula berputik ketika mereka berdua pergi ke Jakarta pada 2019 lalu atas urusan perniagaan matawang digital tersebut.

Sunmber:https://siakapkeli.my/2021/04/14/ku-pinang-kau-dengan-bitcoin-lelaki-lamar-isteri-dengan-2-bitcoin-bernilai-lebih-rm450-ribu/?fbclid=IwAR1DVym_dp5t92-HqAAkSx2HcaE1L6JcNxPEXRhKchaKRbPUcZ64Fs6vouA