Lama berdiam diri, akhirnya coach Bola Tampar cerita keadaan sebenar isu tampar murid

Lama berdiam diri, akhirnya coach Bola Tampar cerita keadaan sebenar isu tampar murid. “Saya mengakui kesal dengan tindakan yang diambil dan terbuka untuk menerima apa juga bentuk tindakan daripada mana-mana pihak berhubung perbuatan saya”.

Itu luahan hati jurulatih skuad bola tampar perempuan Melaka bawah 14 tahun, Saiful Hadee Amar, 44, ketika sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan insiden menampar dua pemain di Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) di Krubong di sini, petang tadi.

Saiful Hadee atau dipanggil Cikgu Hadee oleh para pemain berkata, dia tidak berniat untuk mendatangkan sebarang kecederaan, namun tindakan itu sekadar menaikkan semangat pemain yang pertama kali layak ke separuh akhir.

Baca Artikel Penuh