Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan Covid-19

Lajim Ukim kini ditidurkan akibat jangkitan Covid-19.Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin mula ditidurkan tengah hari tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah, selepas dijangkiti wabak Covid-19 sejak lapan hari lalu.

Lajim,66, menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan buah pinggang disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos.

Sumber memaklumkan keadaan kesihatan Lajim semakin merosot maka, pihak hospital mengambil keputusan untuk menidurkannya bermula tengah hari tadi.

lajim

BACA JUGA : Ini lawatan kawasan bencana ke, majlis pecah tanah?, Tanya netizen

Sebelum disahkan positif, Lajim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat.

“Selepas pulang dari Kudat, beliau (Lajim) mula merasa tidak sihat. Maka, beliau terus menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Gleneagles pada sebelah malam dan disahkan positif wabak Covid-19. Beliau mula menjalani kuarantin di Hospital Pakar KPJ pada keesokkan hari sehingga sekarang.

“Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/lajim-ukin-ditidurkan-akibat-covid-19/

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2021

COMMENTS