‘Lain yang di ‘order’ lain pula yang sampai’, suami isteri beli kucing online tapi yang sampainya anak harimau!

Inilah kejutan yang dialami oleh suami isteri di Perancis setelah mereka membeli haiwan peliharaan melalui platform dalam talian.

Menurut laporan France Blue yang dipetik oleh New York Post, pasangan dari Le Havre, Perancis, membeli kucing liar dari jenis Savannah Cat, yang berasal dari Afrika.

Pasangan tersebut bermula dengan hasrat membeli kucing liar ini setelah melihat iklan dalam talian dua tahun lalu.

'Lain yang di 'order' lain pula yang sampai', suami isteri beli kucing online tapi yang sampainya anak harimau!

Mereka membelanjakan 7,000 Euro (RM34,276) untuk membeli haiwan tersebut dan bercadang untuk menjaganya dengan cara yang sah.

Namun, kecurigaan muncul apabila mereka menerima haiwan tersebut dan mendapati bahawa sebenarnya ia adalah anak harimau Sumatera. Harimau Sumatera adalah spesies yang dilindungi dan terancam kepupusan, dengan populasi yang dianggarkan kurang daripada 400 ekor di seluruh dunia.

Baca Artikel Penuh