KWSP i-lindung : Ini cara mohon dan syarat-syarat yang wajib anda ambil tahu

KWSP i-lindung : Ini cara mohon dan syarat-syarat yang wajib anda ambil tahu. Gara-gara pendemik, ramai yang terkesan hilang punca pendapatan dan sebagaianya.

Akhirnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang menjadi sasaran supaya duit mereka dapat dikeluarkan sebagai salah satu penyelesaian jangka masa pendek untuk melegakakan beban kewangan pada ketika itu.

Macam-macam program dan pakej bantuan yang dilancarkan pada masa itu dari i lestari, i sinar, i citra, sehingga pengeluaran kwsp 10k sekaligus.

Melihatkan era pendemik telah menyebabkan pelbagai bencana keadaan industri pekerjaan, kesihatan di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melancarkan satu program yang dikenali dengan ilindung.

i Lindung Kwsp Permohonan Baru Online

KWSP i-lindung : Ini cara mohon dan syarat-syarat yang wajib anda ambil tahu

Dengan pakej harga insurans dan takaful serendah RM30 setahun, anda sudah boleh mendapat perlindungan kesihatan, itu pun menggunakan duit caruman anda di kwsp akaun 2. Sangat mudah dan senang.

  • Semuanya boleh buat dengan terus log masuk di i akaun anda, https://secure.kwsp.gov.my
  • Dan boleh terus rujuk PANDUAN BERGAMBAR untuk mengetahui cara beli dan buat pembayaran pengeluaran kwsp akaun 2 untuk takaful dan insuran

Syarat Kelayakan

  • Anda mesti merupakan warganegara malaysia yang sah
  • Anda sudah mempunyai akaun yang sah dalam sistem ai akaun kwsp online
  • Anda masih mempunyai baki simpanan caruman dengan kwsp

Kelebihan i Lindung Kwsp 2022 Coverage

  • Pakej harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan
  • Walaupun pakej harga yang ditawarkan agak murah, tetapi perlindungan yang diberikan agak tinggi iaitu sehingga coverage RM10000 setahun
  • Perlindungan ini meningkatkan lagi potensi simpanan anda dengan kwsp, selain potensi pulangan pelaburan melalui dividen yang diberikan, malahan perlindungan kesihatan juga boleh diperilolehi. Serampang dua mata. TERBAIK!

Cara Buat Pembayaran i Lindung di i Akaun Kwsp

Caranya mudah sahaja.

  1. Mula-mula sekarang anda perlu login masuk ke i akaun kwsp anda sebagai ahli yang mencarum
  2. Pergi ke bahagian ilindung
  3. Anda perlu pilihan produk insurans yang ada
  4. Sila lengkapkan dan kemaskini dengan maklumat yang tepat dan terkini
  5. Anda berikan akses kebneran untuk potongan dari i akaun kwsp
  6. Anda akan menerima penyata sebagai bukti pembayaran yang berjaya dilakukan

BACA:

KWSP buka jawatan kosong, nak ambil protege

Kerajaan akan umum pengeluaran khas KWSP 2.0?

KWSP : Cara daftar anak umur 14 tahun ke atas