KWSP : Cara daftar anak umur 14 tahun ke atas

KWSP : Cara daftar anak umur 14 tahun ke atas. Saya agak ketinggalan ‘bas’ kerana baru tahu yang individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah untuk tujuan simpanan jangka panjang dan TIDAK perlu tunggu apabila mula bekerja.

☑️ Malah jika buka sekarang, kerajaan ada insentif tambahan RM 250 (maksimum setahun), sebagai contoh kalau saya carumkan wang RM2000 sebagai contoh, kerajaan akan tambah RM 250 selaku galakkan, di bawah insentif skim i-Saraan.

☑️ Saya juga telah mencadangkan agar KWSP turut memberi ruang kepada individu yang berusia di bawah 14 tahun.

☑️ Maka hari ini, saya sempat bawa anak perempuan saya berusia 15 tahun mendaftar sebagai ahli KWSP.

☑️ Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

☑️ Jika anda ingin daftarkan anak anda, begini caranya

KWSP : Cara daftar anak umur 14 tahun ke atas

1. Daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kiosk di mana-mana cawangan.

2. Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.

3. Biasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana.

4. Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun SImpanan Shariah.

5. Setelah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan ( caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan) pula, mereka akan bantu terus juga.

✅ Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Shariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

✅ Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah melalui online banking saya, nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.

✅ Sumbangan ini TIDAK WAJIB dibuat SECARA BULANAN.

✅ Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.

Dengan melihat kepada dividen KWSP simpanan Shariah, berbanding perbankan Islam dan lain-lain simpanan, kelihatan lebih berbaloi menyimpan di KWSP simpanan Shariah di waktu ini.
TONTON:

BACA:

Aina Abdul dikecam peminat, “Tiket konsert mahal dah macam level Tokti”

PH dan PN dijangka bentuk gabungan baharu

CATEGORIES