Kurangkan subjek harian tapi silibus kekal sama, ibu bapa keliru arahan KPM

Kurangkan subjek harian tapi silibus kekal sama, ibu bapa keliru arahan KPM subjek dan predikat subjek predikat contoh subjek dan predikat subjek subjek tingkatan 6 maksud subjek dan predikat contoh ayat subjek dan predikat subjek spm subjek pt3 ayat subjek dan predikat

Kurangkan subjek harian tapi silibus kekal sama, ibu bapa keliru arahan KPM.Saya terima banyak komen dari ibubapa berkaitan arahan terbaru KPM untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran kepada 3-4 dalam sehari untuk tahap satu dan 5-6 mata pelajaran untuk tahap dua.

Saya faham tujuan KPM mengurangkan bilangan mata pelajaran harian untuk kurangkan berat beg sekolah. Saya setuju.

Tetapi soalan ibubapa ada juga rasionalnya. Baguslah bila kita mahu kurangkan berat beg sekolah tetapi janganlah sampai pembelajaran murid-murid menjadi ‘mangsa’ (khususnya murid-murid yang lemah pembelajaran)

Ibubapa sekarang bijak. Mereka tak kan terima bulat-bulat. Ramai yang mengambil berat dengan pendidikan anak-anak mereka.

Rata- rata mereka keliru dan bertanya “Bagaimana pengurangan bilangan mata pelajaran boleh dilakukan tetapi silibus yang padat masih kekal dan mesti dihabiskan oleh guru-guru?
Sukar saya menjawab sebab saya tidak lagi bertugas sebagai guru.

Tetapi logiknya bila bilangan mata pelajaran sehari telah dikurangkan maka tidak ada pilihan lain guru guru terpaksa mengabungkan beberapa topik sekaligus dalam satu waktu pengajaran. Kalau tak silibus tak akan habis.

Sebab itu wujud istilah pengajaran ‘modular’ dan ‘bertema’ sebagai ayat ‘pemanis’. Malah cadangan pdp ‘modular/ bertema’ itu pun sudah tersasar dari konsep asal. Yang dicadangkan sebenarnya ialah ‘pengabungan topik’ sahaja.

Konsep asal PdP modular ialah untuk multi mata pelajaran. Misalnya murid-murid lakukan aktiviti membuat kek dan di dalam aktiviti tersebut mereka belajar tentang sains, Matematik, Bahasa dan sejarah. Itu konsep asal PdP modular atau bertema.

Sepatutnya KPM kurangkan silibus terlebih dahulu sebelum dilaksanakan arahan pengurangan mata pelajaran/gabung waktu pengajaran. Itu baru betul.

Bila topik digabungkan, tentulah cikgu akan terkejar-kejar. Dan kesian pada anak-anak kita yang lambat dalam menguasai pembelajaran.

Kalau ada ibubapa bertanya ‘bagaimana kalau murid-murid yang lemah masih tak faham sebab cikgu mengajar laju sangat atau banyak sangat topik untuk dipelajari dalam satu-satu waktu?

Saya juga tiada jawapan. Harapnya tiadalah terlintas di hati cikgu ‘aku peduli apa, janji kerja aku selesai’.

Kurangkan subjek harian tapi silibus kekal sama, ibu bapa keliru arahan KPM

TONTON :

BACA:

Selepas lalui detik hitam 7 tahun lalu, Shila Amzah akhirnya mohon maaf kepada media

Russia ganti logo Mcdonald’s dengan yang baharu, harga lebih murah

KJ dakwa Najib belum bayar kompaun KKM, sekali ini respon bekas PM itu

CATEGORIES