Kuda tu jalan je tapi aksi bakal isteri Shuib tunggang kuda undang komen nakal netizen

Kuda tu jalan je tapi aksi bakal isteri Shuib tunggang kuda undang komen nakal netizen.

Bakal isteri pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah sejak kebelakangan ini kerap menjadi perhatian apabila masing-masing sudah lebih terbuka dengan hubungan mereka.

Shuib juga telah mengesahkan bakal bernikah dengan Watie pada Jun nanti dan mereka juga dilihat berhari raya bersama-sama dengan berpakaian sedondon.

Kuda tu jalan je tapi aksi bakal isteri Shuib tunggang kuda undang komen nakal netizen

Tunggang kuda tepi pantai

Namun begitu, perkongsian terbaru Watie di Instagramnya telah mendapat perhatian netizen apabila menunggang kuda dan bersiar-siar dipersisiran pantai.

Ramai tak puas hati lihat Watie tunggang kuda

Walaupun Watie telah menutup ruangan komen dari dihujani komen-komen, namun ada sahaja akaun TikTok ‘nakal’ yang memuat naik semula video tersebut sehingga dipenuhi dengan respon dari pengguna media sosial.

Macam la kuda tu tengah berlumba

Pelbagai komen diperoleh daripada netizen yang tidak senang melihat gerak geri wanita itu yang menunggang kuda dengan perlahan.

Mereka juga seakan tidak terima cara Watie menunggang kuda kerana disifatkan berlebihan memandangkan haiwan tersebut hanya berjalan santai.

BACA:

Rupanya dulu penjawat awam dapat ‘Elaun Khas Debu’? Elaun apa tu sebenarnya buat ramai nak tahu

“Mental meera sangat penat, Meera cuba untuk bangkit balik”, Meera View Chin buat comeback undang reaksi netizen