Kuarantin kepala bana apa?, Drebar lori sayur sekolahkan Tuan Ibrahim

Kekecohan angkara tindakan Menteri yang tidak menjalankan kuarantin nampaknya semakin berpanjangan.

Blok kerajaan cuba mempertahankan Khairuddin manakala rakyat bersama blok pembangkang mengkritik tindakan itu secara berterusan.

Terkini, dalam usaha mempertahankan menteri terbabit Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Timbalan Presiden Pas Dato Seri Tuan ibrahim Tuan Man memberi contoh pemandu lori sayur yang menghantar sayuran ke Singapura juga tidak menjalani kuarantin.

Contoh itu diberi untuk menjustifikasi tindakan Khairuddin yang tidak menjalani kuarantin seperti arahan kerajaan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, contoh yang diberikan Tuan Ibrahim ini sekali lagi mengundang reaksi kecaman dari pengguna media sosial dan rakyat Malaysia.

Seorang pengguna media sosial menulis : Utk pengetahuan, driver kita ke S’pore tu tak masuk sempadan pun. Kontena jika sayur dipanggil reefer container hanya akan diantar ditgh² border, kepala lori kasi potong then kepala di S’pore atau Msia amik reefer container tu. Kuarantin kepala bana apa?

Tulisan itu merujuk kepada pautan Malaysiakini tentang dakwaan Tuan Ibrahim tersebut.

Sumber :