Polis menahan enam lelaki yang menjadikan kandang lembu yang tersorok di Permatang Sintok di Pulau Pinang sebagai lokasi memproses dan membungkus air ketum bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka berusia dalam lingkungan 40 ke 50-an ditahan ketika polis mengadakan rondaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan berkenaan pada pukul 6.30 petang semalam.
Beliau berkata pada mulanya sekumpulan lelaki yang ditemukan polis mengingkari PKP itu ditegur kerana gagal memberi sebab yang munasabah mengapa mereka berada di kawasan tu.
“Pemeriksaan polis ke atas kandang lembu tempat mereka berkumpul itu menemukan sebuah tong ais yang mengandungi 48 bungkusan kecil dan empat botol minuman berisi air ketum dan kami menahan mereka untuk tindakan selanjutnya. Air ketum itu dirampas untuk siasatan,” katanya.
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/518824