Kuala Lumpur bakal terima ketua polis ‘garang’

Kuala Lumpur bakal terima ketua polis ‘garang’

BUKAN rahsia lagi, pertukaran jawatan beberapa pegawai kanan dalam PDRM tiba-tiba ‘tertangguh’ walaupun dekat sebulan pengumuman rasmi mengenainya telah dikeluarkan Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mendakwa penangguhan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin ketika dia sedang bercuti.

Hamzah dalam reaksi segeranya pula menafikan menafikan beliau cuba masuk campur urusan pertukaran pegawai polis yang diputuskan oleh Abdul Hamid.

Sebaliknya beliau dalam nada tegas berkata, perkara tersebut diputuskan sendiri Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang secara kebetulan dirinya pula merupakan pengerusi panel itu.

Apapun ‘kekalutan’ tersebut nampaknya sudah selesai apabila Abdul Hamid memaklumkan yang semua pertukaran kesemua 71 pegawai kanan polis tersebut akan mula berjalan seperti mana yang telah dirancang.

Antara mereka yang terlibat dalam proses pertukaran tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim.
Malah Azmi yang sebelum ini berpangkat Deputi Komisioner Polis akan mula memangku pangkat Komisioner Polis dengan perlantikan itu.

Nampaknya Azmi tidak menunggu lama untuk terus ‘masuk pejabat’ dan mula melakukan ‘kunjungan demi kunjungan’ ke atas beberapa jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pengurusan dan juga Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik.

Mengetahui cara kerja pegawai tegap dan bermisai ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Saya secara peribadi mengenali Azmi sewaktu beliau masih pegawai muda yang menjadi pengiring atau ADC kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai lebih 20 tahun lalu.

Sewaktu beliau menjadi Ketua Polis Daerah (OCPD) Petaling Jaya, Azmi tidak akan ragu-ragu untuk mengenakan hukuman tatatertib ‘DOUBLE KAWAD’ pada warganya yang melakukan kesalahan. Orang polis faham sangatlah perkataan ‘double kawad’ itu ahaks.

Ini pegawai yang dikenali sebagai ‘NO NONSENSE OFFICER’. Sangat bencikan amalan rasuah dan cukup pantang bila dapat aduan pegawai dan anggotanya berbuat demikian.

Nak cari foto-foto beliau senyum cukup susah bagi kami orang media ini. Sentiasa Serius. Justeru bila dapat tahu Azmi akan duduk sebagai orang nombor satu Polis Kuala Lumpur, saya cukup yakin dan pasti yang pemilihan beliau itu sangat tepat dan kena pada masanya.

Selamat bertugas Datuk Azmi …KL NUMBER ONE!

Sumber: