Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang

Kru airport maut kena sedut dengan enjin kapal terbang. Seorang kru darat syarikat penerbangan American Airlines terbunuh selepas ‘disedut’ masuk ke dalam enjin sebuah pesawat yang berada di lapangan terbang dalam kemalangan ngeri di negeri Alabama, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) berkata, kakitangan terbabit meninggal dunia ketika enjin pesawat masih hidup di Lapangan Terbang Wilayah Montgomery, Sabtu lalu.

Agensi tersebut telah memulakan siasatan bagi mencari punca kejadian dan berkata bahawa laporan awal dijangka dikeluarkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi.

Baca Artikel Penuh