Krisis Melaka : MKT Umno mesyuarat khamis ini

Krisis Melaka : MKT Umno mesyuarat khamis ini.Krisis politik Melaka akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Khamis ini selepas mendengar cadangan serta langkah yang perlu dilakukan daripada pucuk pimpinan Umno negeri itu, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan.

Beliau berkata, dalam mesyuarat itu nanti, segala cadangan dan langkah mengenai perkara yang perlu dilakukan selepas ini akan dibentangkan oleh Pengerusi Umno negeri Melaka Ab Rauf Yusoh bersama Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kepada MKT.

“Tentunya Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) dan Timbalan Presiden Umno (Mohamad Hasan) serta Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan memberi pandangan mengenai situasi politik Melaka,” katanya selepas bertemu pimpinan Umno Melaka di Klebang malam tadi, menurut laporan Bernama.

MKT

Terdahulu Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Rustam bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Sulaiman, menyebabkan kerajaan pimpinannya hanya mempunyai 13 kerusi daripada 28 kerusi DUN.

Empat ADUN berkenaan ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Sebelum ini, kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN terdiri daripada 14 ADUN Umno, dua Bersatu dan satu Bebas manakala pembangkang memiliki 11 kerusi, iaitu tujuh DAP, dua PKR dan dua Amanah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi Umno serta calon yang akan bertanding masih dalam peringkat rundingan dan belum lagi dimuktamadkan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/11/mkt-umno-bincang-krisis-melaka-khamis-ini-kata-ahmad-maslan/

BACA: Ibu bapa bakal disaman jika anak didapati tiru aksi ‘Squid Game’ di sekolah kelak

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Krisis Melaka : MKT Umno mesyuarat khamis ini […]