Krisis bekas isteri, orang ramai nasihat Fizi Ali tiru cara Sharnaaz dan Erra Fazira

Krisis bekas isteri, orang ramai nasihat Fizi Ali tiru cara Sharnaaz dan Erra Fazira

Krisis bekas isteri, orang ramai nasihat Fizi Ali tiru cara Sharnaaz dan Erra Fazira. BEBERAPA hari lalu, kecoh dalam media sosial apabila Fizi Ali mengeluarkan kenyataan berbaur amarah dan seperti melepaskan geram terhadap seorang wanita. Dipercayai bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Tindakan Fizi kurang disenangi ramai kerana perkara peribadi sebegitu tidak sepatutnya dimuat naik dalam media sosial seterusnya dikongsi kepada umum.

Walaupun ramai bersimpati dengan luahan Fizi, dia dinasihatkan untuk menjaga aib sendiri dan keluarga serta tidak perlu terlalu terbuka berkongsi hal dalam kain dengan orang ramai.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkannya agar mengikut cara Sharnaaz Ahmad dan Erra Fazira yang tidak pernah memburukkan bekas pasangan mereka dalam media sosial.

Krisis bekas isteri, orang ramai nasihat Fizi Ali tiru cara Sharnaaz dan Erra Fazira

“Belajarlah seperti cara Sharnaaz. Tak pernah burukkan bekas isteri selepas bercerai,” komen netizen.

“Bergaduh dalam media sosial tak dapat selesaikan apa-apa. Contohilah Erra, masing-masing menutup cerita dan tidak membuka aib,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Bagi Diva, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan terlalu berkongsi kisah peribadi dalam media sosial, risau perkara positif menjadi negatif pula.

BACA: 

Layak masuk saingan Asia, pemain Harimau Malaya dapat bonus RM880,000

Budak ‘sindrom down’ tak rasa sakit walau kita berkasar denganya – Bainun

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Krisis bekas isteri, orang ramai nasihat Fizi Ali tiru cara Sharnaaz dan Erra Fazira […]