KPM serah pada sekolah nak wajibkan atau tidak pakai tali leher

KPM serah pada sekolah nak wajibkan atau tidak pakai tali leher. Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada pengurusan sekolah untuk membenarkan pelajar mereka memakai tali leher ataupun sebaliknya, kerana ia adalah di bawah bidang kuasa sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyerahkan kepada sekolah bagi menentukan sama ada pelajar masing-masing masih perlu memakai tali leher atau sebaliknya.

“Mengenai perkara ini (pemakaian tali leher oleh pelajar) kita serah pada pengurusan sekolah kerana pemakaian tali leher adalah di bawah bidang kuasa sekolah.

KPM serah pada sekolah nak wajibkan atau tidak pakai tali leher

“Kita beri kelonggaran kepada pihak sekolah untuk terus pakai (tali leher) ataupun tidak. Tidak ada isu,” katanya kepada media selepas melawat dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media susulan Dewan Rakyat kini melonggarkan pemakaian tali leher dalam kalangan ahlinya.

Baca Artikel Penuh