Kos baikpulih Seri Perdana bukan RM30 juta tapi RM38.5 juta – Menteri

Kos baikpulih Seri Perdana bukan RM30 juta tapi RM38.5 juta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memgesahkan kos keseluruhan projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana adalah RM38.5 juta bukannya RM30 juta yang diwar-warkan sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih dengan kos sebanyak itu termasuklah penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.

KOS

BACA JUGA : Ahmad Maslan pinjam kawan bayar RM1.1 juta – Peguam

Beliau berkata demikian merujuk kepada pertanyaan jawab lisan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, mengenai
status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

“Pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pokok Sena pada 27 September 2021 di Dewan Rakyat, telah dijawab secara bertulis oleh saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan oleh Perdana Menteri,” katanya.

BACA JUGA : Gempar !!! Tular dakwaan 2 pelajar di Perak mati kerana vaksin, ini penjelasan Polis

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan tindakan kerajaan membelanjakan RM30 juta untuk ubah suai kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana merupakan satu pembaziran.

“Kenapa kerajaan suka bazir duit untuk pejabat dan kediaman rasmi ni? Sampai RM30 juta?

BACA JUGA : Ahmad Marzuk nafi berada dalam ‘P45’ waktu aksi potong garisan berkembar

“Orang tengah susah, lapar dan sakit! Beribu perniagaan kena tutup, orang bankrap, student tak boleh bayar yuran universiti. Bantulah mereka,” katanya dalam hantaran ditwitter.

Untuk rekod Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999, adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia.

BACA JUGA : “Bersatu tak akan terhegeh-hegeh dengan Umno”

Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan.

Projek naik taraf ini telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021. Ia dijangka siap pada 7 Disember 2021.

Setakat hari ini (29 September 2021), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74% kemajuan, berbanding 71% seperti dalam jadual.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/bukan-rm30-juta-tetapi-rm38-5-juta-baiki-rumah-pm/

COMMENTS

Wordpress (0)