Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash!

Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash!

Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash! Tidak semua orang mampu untuk membeli barangan mewah dan dengan keadaan ekonomi sekarang, semestinya ramai sudah mula untuk berjimat cermat sebagai persediaan berdepan krisis ekonomi yang menggila sekarang.

Memetik dari Thevocket, seorang pengguna TikTok @faisaljofry telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya yang mahu ke mesyuarat tetapi air kopi tertumpah pada kasutnya.

Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk membeli kasut keluaran baru berjenama berharga RM5,100 dengan bayaran secara tunai agar dirinya nampak lebih kemas ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki tersebut membeli kasut baru berjenama dengan harga yang mahal.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang bertindak menyindir lelaki itu dan mengatakan bahawa kasutnya itu boleh dipakai serta dibasuh nanti. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan lebih 138 ribu tanda suka.

Kopi tertumpah atas kasut, lelaki ni selamba je beli kasut RM5,100 cash!

@faisaljofry Time nak gi meeting la benda ni berlaku 😅 #fyp #dior ♬ 007 by Riot Ken – tyler funke

BACA:

Gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU-15, CUEPACS akan turun ke jalanan buat demonstrasi

Netizen kecam Sharifah Rose biar aurat terdedah, sekali jurusolek ni sound balik

12 permohonan warga Bangladesh jadi warganegara diluluskan KDN

CATEGORIES