Kongsi bahan lucah melalui OnlyFans, ‘influencer’ didakwa di mahkamah

hackers

Kongsi bahan lucah melalui OnlyFans, ‘influencer’ didakwa di mahkamah. Influencer terkenal Singapura, Titus Low, didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan berkongsi bahan lucah melalui media elektronik, dan satu pertuduhan gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan kepadanya.

Low, yang juga personaliti popular di laman OnlyFans, hadir di mahkamah pada 30 Disember dan diwakili peguam, dibenarkan ikat jamin S$5,000 (RM15,424).

Sebagai sebahagian daripada syarat jaminannya, dia tidak boleh mengakses akaun OnlyFans atau menghubungi mana-mana saksi pendakwaan.

Kesnya ditangguhkan ke 20 Januari 2022 sementara menanti siasatan selesai.

Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah, lapor The Straits Times.
Dia ditahan polis Singapura pada 29 Disember.

Dalam satu kenyataan, polis memaklumkan mereka menerima laporan pada 4 September, yang mendakwa bahawa Low telah memuat naik imej dan video alat sulitnya melalui akaun OnlyFans.
Polis merampas akaun OnlyFans Low dan mengarahkannya untuk tidak mengakses akaun itu pada 11 Okt.

Bagaimanapun, Low melanggar arahan tersebut dan mengakses akaun berkenaan dengan cara melaporkan akaunnya tidak selamat, seterusnya menetapkan semula kata laluannya.

Jika didapati bersalah kerana gagal mematuhi arahan polis, Low boleh didenda sehingga S$5,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan menghantar bahan lucah pula, Low boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda, atau kedua-duanya.

BACA:

Lebih 6 tan Al Quran bakal dilupuskan gara-gara banjir
Panas !!! Pemimpin Umno dedah Pas perguna MN untuk kukuhkan kedudukan sendiri
Aksi sembur tahi cicak Rina Harun kini jadi berita lawak di Thailand

Artikel ini disiarkan pada 30/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)