KM Sabah tak pilih kasih, beri bantuan kepada semua rakyat

Ketua pemuda PBS terima laporan, kononnya Kerajaan pimpinan DSSA hanya beri bantuan kepada ahli-ahli warisan.

Tuduhan itu jelas main hentam keromo, sedang hakikat bantuan berkenaan dari kerajaan UPPM/KK & JK WARISAN agih untuk
semua rakyat tak kira siapa atau ahli parti mana.

Ketua menteri ulang-ulang minta untuk dimaklumkan kepada JK daerah agar mereka yang belum dapat bantuan diberitahukan.

Memang mungkin ada kelemahan kesan PKP gerakan terhad bukan mudah ahli-ahli warisan bergerak ada turun bukit naik bukit datang pintu ke pintu tiap rumah penduduk.

Ramai tidak tahu bahawa kerajaan bukan saja membantu/mengagih makanan, malah yang ada bantuan secara tak langsung kerajaan bantu semacam terlepas pandang.

Misalnya free bil air, letrik percuma 30% dan percuma sewa rumah kendalian kerajaan bawah lembaga perumahan selama 6 bulan(?) mulai april.

Malah petani/nelayan/peniaga boleh pinjam dana di sabah kredit dan bank pembangunan juga dikecualikan faedah.

Malah Jabatan tanah juga beri diskaun soal cukai tanah dan kedai, lesen bawah DBKK, MPS dan MPT juga dikecualikan bayaran ada diberi diskaun.

Setakat ini seramai 38,886 dari Sabah menerima bantuan rm300 seorang dan banyak lagi bantuan tak terkecuali pelajar Sabah di Semananjung.

Sepatutnya ketua pemuda itu tanya apa yang enam orang menteri dalam kerajaan PN asal Sabah buat? Adakah 6 menteri itu bantu seluruh sabah?

Sejumlah rm250 bilion yang PM umum, berapa Sabah dapat atau sekadar cakap? Rm250 bukan sikit banding Sabah hanya rm500 juta plus( bukan bilion) saja DUN lulus.

ISMAILY BUNGSU
24/4/2020

Sumber :