KKM siap sedia hadapi gelombang keempat Covid-19 akibat PRN Melaka

KKM siap sedia hadapi gelombang keempat Covid-19 akibat PRN Melaka.Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 termasuk peningkatan kes akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementerian itu maklum dengan beberapa jangkaan yang dibuat dan sentiasa memantau perkembangan jangkitan.

Katanya, pemantauan itu termasuk kemungkinan berlaku peningkatan kes jangkitan daripada PRN Melaka.

“Memang kerajaan sedar ada kemungkinan akan berlaku berdasarkan anggaran yang dibuat, sebab itu di PRN Melaka kita tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kita tidak benarkan kempen dan pertemuan bersemuka secara besar-besaran.

“Memang betul kesan jangkitan PRN Melaka hanya diketahui dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi. Ini semua sudah kita siap sedia dan untuk PRN Sarawak juga kita akan tetapkan SOP yang ketat,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) di Dewan Rakyat, hari ini.

KKM

Kelvin dalam soalannya ingin mengetahui berhubung kesediaan kerajaan menghadapi fasa endemik dan kemungkinan peningkatan kes yang menunjukkan aliran meningkat di Lembah Klang serta kemungkinan kes meningkat di Melaka.

Menjawab soalan asal Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam) setakat manakah kejayaan kerajaan mengawal pandemik COVID-19 di negara ini, Aaron berkata, kerajaan berjaya mengawal pandemik COVID-19 dengan penurunan kes sejak minggu epid 35 tahun ini.

Katanya, jumlah kes mingguan sudah menurun daripada 138,929 kepada 40,600 pada minggu epid 46, dengan penurunan sebanyak 70.8 peratus.

“Kes kematian mingguan pula menurun sebanyak 83.4 peratus daripada 2,092 pada minggu epid 38 kepada 347 pada minggu epid 46 manakala kadar penggunaan katil di wad hospital dan di unit rawatan rapi (ICU) juga menurun.

“Penurunan menunjukkan kurang daripada 70 peratus, berbanding melebihi 100 peratus bagi kebanyakan hospital kerajaan semasa gelombang ketiga sedang memuncak pada minggu epid 29 (18-07-2021 hingga 24-07-2021) hingga minggu epid 36 (05-09-2021 hingga 11-09- 2021),” katanya.

Beliau menjelaskan kadar penggunaan katil oleh kes tahap 3, 4 dan 5 menunjukkan tren penurunan berikutan kejayaan vaksinasi menurunkan risiko kemasukan ke wad.

Dalam perkembangan yang sama, katanya kejayaan pengawalan pandemik COVID-19 disumbang pemberian vaksin secara intensif dan besar-besaran bagi memastikan liputan vaksinasi populasi mencapai 40 peratus dan ke atas.

“Sasaran berkenaan ditetapkan berdasarkan pengalaman beberapa negara yang meyaksikan penurunan kes, kematian serta penggunaan katil hospital apabila liputan vaksinasi populasi di negara itu mencapai 40 peratus dan ke atas.

“Sehingga 20 November lalu, Malaysia sudah mencapai liputan populasi lengkap divaksin sebanyak 76.4 peratus,” katanya.

BACA; Viral tak berhenti solat subuh, pemandu bas ekspres dikenakan tindakan

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
    frolpwecerit 3 days

    This really answered my drawback, thank you!

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: KKM siap sedia hadapi gelombang keempat Covid-19 akibat PRN Melaka […]

  • comment-avatar

    […] BACA: KKM siap sedia hadapi gelombang keempat Covid-19 akibat PRN Melaka […]