KKM akan bincang dengan KPM untuk wajibkan guru ambil vaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana langkah itu perlu diperhalusi secara terperinci kerana melibatkan beberapa implikasi perundangan.

“Saya kena bincang dengan KPM sebab ada implikasi perundangan di sini, justeru ia perlu diperhalusi bersama Menteri (Datuk Radzi Jidin), sama ada kita boleh wajibkan pengambilan vaksin secara ‘sectorial mandate’ (mandat mengikut sektor),” katanya kepada pemberita dalam sesi temubual di pejabat di sini hari ini.

KKM akan bincang dengan KPM untuk wajibkan guru ambil vaksin

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/03/kkm-bincang-kpm-wajibkan-guru-ambil-vaksin-kj/

BACA JUGA : Panas !!! 2,500 guru enggan divaksin