Hanya

“KJ tu pun bukanlah berjaya sangat pun…”

“KJ tu pun bukanlah berjaya sangat pun. Ramai yang kata KJ Berjaya dalam proses Vaksinasi, Kalau aku seorang pemerintah, Dari Kos dibelanjakan, dari hasil yang kita dapat andai 5 ribu kes dicatatkan pun hari ini, Sebenarnya ianya satu kegagalan yang besar bagi negara..

Bayangkan hari ini kita dah capai 60% vaksinasi, Sepatutnya Herd Immunity dah dicapai.. Malangnya tidak..

2- Selangor dan KL Umpamanya, Boleh lah dianggap sudah melepasi tempoh Herd Immunity.. di KL sudah melepasi 110% Vaksinasi berdasarkan populasi dewasa, Begitu juga Selangor melebihi 90%.. Kes kekal Tinggi.. Ini disebabkan sistem kesihatan kita hanya bergantung kepada vaksinasi semata mata..

3- Untuk Pengetahuan, Negara kita dicatatkan antara yang paling lama Lockdown, dan antara Negara yang catatkan Kematian dan lonjakan kes tertinggi dibandingkan dengan jumlah Populasi dalam tempoh Lockdown, Di UK.. Ianya berjaya dilandaikan hanya setelah 45-50% sudah ditakrif Herd Immunity.. Pernah catatkan 0 kematian pada awal Jun dalam tempoh Lockdown, dari lebih seribu kematian awal januari..

4- kes di UK masih tinggi sama seperti tahun lepas biarpun 80% divaksin.. Bagi aku, Ianya terkawal.. Dan mungkin akan melonjak kembali hujung tahun ini menjelang perayaan Krismas sepertimana tahun lepas.. Bagi aku, Ianya berjaya dilandaikan biarpun seketika..

5- Seperti aku sebut sebelum ini, Masa KJ Jadi Ketua Pemuda BN, Aku masih ingat..Antara minat dia buat pameran atau Ekspo Mega mencari Kerja.. Hakikatnya tidak ada peluang kerja banyak manapun, hanya seronok dengan Ekspo dan pemeran Kerjaya.. hasilnya takda..

KJ

6- Begitulah yg dibuat dalam proses Vaksinasi, Kos yang tinggi.. hasil takda.. Malah cetuskan lonjakan kes dari perkumpulan orang awam semata mata nak kejar angka.. PPV mahu dilihat bergaya mewah, Mega seperti negara maju, Hakikatnya realiti rakyat kita berbeza.. dah macam funfair dengan maskot maskot yang datang unt divaksin..Entah berapa Billion Kos PPV dibelanjakan..

7- Sebenarnya jika Strategi nya betul, Mungkin kita akan dapat jimat lebih RM 3 Billion.. Mungkin lebih terkawal.. Hospital Swasta dan Klinik Swasta, Hatta Aset Kerajaan seperti Sekolah digunakan dalam tempoh sekolah ditutup..rasanya hasilnya lebih cepat dan dapat mengawal sebaran wabak dengan baik dalam memutuskan rantaian..

8- Sama ketika Pilihanraya, Proses Pengundian hanya sehari.. Lebih 80% atau 13 Juta boleh Keluar mengundi dalam sehari.. Maksudnya ia boleh dilaksanakan disetiap lokaliti..Jika Konsep ini digunakan dalam proses Vaksinasi dengan libat urus Klinik, Hospital swasta dan Kerajaan, begitu juga Sekolah.. Mungkin untuk selesaikan sehari sukar disebabkan kepakaran dan sumber manusia..Rasanya 2 Bulan boleh selesai dengan Kos yang jauh lebih rendah..

9- Di Turki.. Proses Vaksinasi hanya dilakukan di Klinik, Hatta klinik dibawah rumah..dan Lokaliti setempat..Tak perlu PPV Mega, Tak perlu membayar vendor , buka tender.. Sebab banyaknya taburan Klinik dan Hospital sedia ada disetiap kawasan Dun dan parlimen.. Kita bukan negara seperti Indonesia atau negara membangunkan lain, sistem dan Infra struktur Kesihatan kita sebenarnya antara terbaik di Asia..

10- Jika melawan wabak dan Pandemik ini diibaratkan Perang, Kita umpamanya melawan Gerila, Musuh yang kita tidak nampak.. Dan di Malaysia, Mereka melawan Gerila dengan menurunkan tentera yang ramai.. dan akhirnya menyebabkan banyak Kematian, Selepas Perang Iraq, US pun dah tak bodoh guna tentera depa berperang melainkan menggunakan Proxy mereka seperti ISIS, Al Qaeda dan Taliban.. sebab apa bertujuan mengurangkan angka korban..

11- Di Malaysia, Kalau diibaratkan Perang..Hatta kita menang suatu hari nanti.. Apa gunakan..Ramai yang tekorban sebab kononnya kita nak cepat menang.. Kononnya berbelanja besar untuk perang Akhirnya kita tak menang Perang, Tetapi korban tentera dan Rakyat tinggi.. Itulah yg dilakukan Kerajaan PN dan Gagal ini.. Angka Korban sudah capai 15 ribu orang..

12- Mungkin suatu hari nanti kita akan menang.. Tetapi lihatlah berapa ramai yang tekorban.. Tak kira Mantan Ketua Hakim, seorang Mufti Perak, Artis seperti siti Sarah dan hari ini Tokoh seperti Ahmad Sarji meninggal Dunia adalah akibat dari kegagalan sistem kesihatan kita.. Strateginya salah..

13- Hanya berharap dengan senjata Vaksin tanpa strategi perang dan kawalan yang baik.. Tujuan vaksin untuk kurang kan kematian, Sudah 4 Bulan..Kes covid-19 dan Kematian melonjak.. Berbangga melepaskan senjata ekpada musuh tetapi mengakibatkan korban Besar..Ianya satu Kegagalan..

14- Jadi Maaf lah.. Kalau ada kata Khairy Berjaya dalam proses Vaksinasi, Bagi aku gagal.. Tapi sudah pasti lah Khairy jauh lebih baik dari pemimpin PN yang lain.. Cuma takda lah progresif mana… Dalam hal memerangi Wabak ini, Aku lebih suka gaya Dr Wan Azizah diawal pandemik.. Walaupun ketika itu kes tidak sampai 2 kes Sehari.. mereka melakukan persediaan untuk berperang seolah olah Negara kita sudah dijajah..

Sumber:

BACA: Influencer bengang kena halau dari pusat beli belah, dakwa dirinya terlalu seksi jadi punca

CATEGORIES