KJ tegur ahli politik pakai pelitup muka

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan semua pihak terutamanya ahli politik agar memakai pelitup muka.

Katanya menerusi satu kenyataan di InstaStory, semakin ramai dalam kalangan ahli politik yang dirakam gambar mereka tidak mengenakan pelitup muka ketika bermesyuarat.

KJ tegur ahli politik pakai pelitup muka

Khairy Jamaluddin.

“Ramai ahli politik yang mempunyai diabetes, hipertensi dan berkemungkinan obesiti. Ia tidak menyeronokkan sekiranya anda dijangkiti Covid-19 walaupun telah menerima vaksin.

“United Kingdom sedang berhadapan dengan gelombang (Covid-19), yang mana antara sebabnya adalah keengganan mereka untuk memakai pelitup muka,” kata entri beliau di Instastory tersebut hari ini.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pihak agar tidak menjadi seperti United Kingdom.

“Pakailah pelitup muka,” katanya.

BACA JUGA : PRN Melaka : Idris tidak akan bertanding di Sungai Udang, beri peluang pada anak tempatan
Fizo Omar dedah isu babitkan isteri baru sehari selepas diijabkabul