KJ akan buat comeback dalam PRN Selangor?

KJ akan buat comeback dalam PRN Selangor? Penganalisis politik memandang dingin hasrat Khairy Jamaluddin ingin membuat kemunculan semula pada PRN Selangor susulan pemecatannya daripada Umno baru-baru ini.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura memberitahu FMT, penglibatan dalam PRN Selangor terlalu tergesa-gesa buat Khairy memandangkan banyak kerja lapangan perlu dilakukan terlebih dahulu.

Katanya, bekas ketua Pemuda Umno itu akan mendapati dirinya sukar untuk “berjaya”.

KJ akan buat comeback dalam PRN Selangor?

“Ini bukan pemilihan presiden (parti). Seseorang itu perlu menyelesaikan atau sekurang-kurangnya menangani masalah di lapangan di mana-mana kawasan (yang ingin ditandingi),” katanya.

Oh berkata, pilihan sama ada Khairy menubuhkan parti sendiri atau menyertai parti lain tidak berbaloi sekiranya beliau ingin menang pada PRN, memandangkan lawan akan berusaha menumpaskan ahli politik popular sepertinya.

Baca Artikel Penuh