Kita mungkin perlukan dos keempat vaksin Covid-19 – CEO Pfizer

Kita mungkin perlukan dos keempat vaksin Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat farmaseutikal Pfizer berkata masyarakat global kemungkinan memerlukan dos keempat bagi melawan wabak COVID-19 yang kini sudah bermutasi menjadi varian Omicron. Menurut Albert Bourla, ancaman varian baharu ini membuktikan bahawa wabak ini akan terus bermutasi dan suntikan dos penggalak kedua boleh menjadi dinding yang menghalang orang daripada jatuh sakit, lapor CNBC.

Walaupun kajian awal menunjukkan varian baharu ini tidak mematikan seperti Delta, penyelidik yakin bahawa dua suntikan vaksin Pfizer tidak mencukupi untuk melawan Omicron. CEO Pfizer pula percaya kehadiran varian baharu ini membuktikan bahawa manusia perlu terus berwaspada. Tambahnya, data terkini akan menentukan adakah masyarakat global akan dilindungi dengan baik oleh dos ketiga dari varian Omicron, “Dan pilihan kedua, saya rasa kita memerlukan dos keempat.”

Menurut The Independent, para saintis kini sedang giat mencipta wabak versi Omicron di makmal. Tujuannya adalah untuk menguji sama ada vaksin Pfizer mampu untuk menentang varian terbaharu COVID-19. Dan melalui kaji selidik awal para saintis, suntikan dos penggalak akan memberi perlindungan terhadap varian Omicron.

Manakala melalui data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia setakat ini, varian Omicron tidak terlalu merbahaya seperti varian lain. Pengarah Kecemasan WHO Michael Ryan berkata, “Jika ada, arah tujunya adalah yang kurang teruk.”

Bagaimanapun, pakar epidemiologi dari Amerika Syarikat Anthony Fauci percaya varian Omicron ‘jelas sangat mudah ditularkan’ dan boleh disebarkan lebih mudah daripada varian seperti Delta. Bercakap kepada AFP, Fauci berkata, “Ia hampir pasti tidak lebih teruk daripada Delta.” Katanya sambil menambah bahawa nisbah antara bilangan jangkitan dan bilangan mereka yang dimasukkan ke hospital di Afrika Selatan kurang daripada varian Delta.

“Saya tidak fikir senario terburuk itu akan berlaku, tetapi anda tidak pernah tahu,” kata Fauci.

Kita

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan varian baharu yang sedang tersebar di seluruh dunia, varian Omicron telah dikesan di Malaysia. Kes membabitkan pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu, sebelum WHO umum penemuan varian Omicron.

BACA JUGA : Penerima vaksin Sinovac tak ambil dos penggalak bakal bertukar status ‘Tidak Lengkap’

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)