‘Kita dah semakin hampir’, Arab Saudi bakal hukum mati rakyat yang tolak Projek Mega

Arab Saudi dilaporkan akan menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga rakyatnya yang enggan berpindah ke kawasan baharu

selepas kerajaan mengambil alih kawasan tempat tinggal mereka untuk tujuan pembinaan projek mega NEOM, dilaporkan oleh Business Insider.

Tiga penduduk yang menentang pengusiran itu ialah Shadly Ahmad Mahmoud Abou Taqiqa al-Huwaiti, Ibrahim Salih Ahmad Abou Khalil al-Huwaiti, dan Atallah Moussa Mohammed al-Huwaiti.

'Kita dah semakin hampir', Arab Saudi bakal hukum mati rakyat yang tolak Projek Mega

Ketiganya adalah anggota suku Howeitat yang tinggal di kawasan yang bakal dibina bandar pintar hasil inisiatif Mohammed Bin Salman. NEOM merupakan projek pembangunan bandar pintar masa depan yang dilakukan oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

“Walaupun dituduh melakukan keganasan, mereka dilaporkan telah ditangkap kerana menentang pengusiran paksa atas nama projek NEOM dan pembinaan bandar linear sepanjang 170 km yang dikenali sebagai The Line,” kata kenyataan bertulis di laman web rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Baca Artikel Penuh