“Kita ada masalah besar dengan Speaker lah kalau begitu” – Anwar

masalah

“Kita ada masalah besar dengan Speaker lah kalau begitu”. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun agar tidak bersekongkol dengan mereka yang didakwa beliau mengelirukan Dewan.

Gesaan dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat itu memaklumkan hari ini bahawa isu pembatalan Ordinan Darurat yang dibangkitkan akan diperjelaskan pada Isnin nanti dan bukan secepat mungkin.

Tegas Anwar, penjelasan segera harus dibuat kerana berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin, beliau yakin pembatalan tersebut tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Yang diumumkan menteri itu memang satu yang mengelirukan Dewan dan Speaker. Dengan kerusi yang mulia ini, jangan bersekongkol dengan orang yang mengelirukan Dewan.

masalah

“Yang kita minta hanya satu, kerana menteri kata tadi boleh jawab, tetapi Speaker kata Isnin tetapi saya nak Speaker harus kata, menteri boleh jawab hari ini.

“Kalau itu pun Speaker tidak sanggup, saya berdukacitalah. Ini bermakna kita ada masalah besar dengan Speaker kalau macam itu,” katanya ketika berbahas pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas pada Selasa.

Sementara itu Lim Guan Eng (Bagan – PH) turut mempertikaikan pembatalan tersebut dan menegaskan penjelasan hanya akan diberi pada Isnin nanti adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.

“Sebagai seorang peguam yang pakar dalam bidang anda, Yang di-Pertua tahu bahawa “justice delayed is justice denied”. Kita tidak boleh tunggu sampai Isnin sebab ada banyak kekeliruan.

“Apakah kedudukan undang-undang sekarang? Hari ini Selasa, tunggu sampai Isnin, kita tidak boleh biar ini berlarutan. Ini bukan kerajaan tapi itu kerajaan gagal,” tegasnya.

Selain itu Khalid Samad (Shah Alam – PH) turut mencelah apabila Azhar Azizan menegaskan Dewan perlu mengikut aturan mesyuarat yang telah ditetapkan.

“Kita faham ada aturan urusan mesyuarat tetapi ini bukan urusan mesyuarat tapi ini berhubung apa disebut oleh menteri pada hari itu dan perlu dijelaskan pada hari itu juga.

“Bila dia sebut dan kita tanya, dia kena jawab pada hari itu,” katanya.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mesyuarat-khas-parlimen-speaker-jangan-lindungi-menteri-yang-mengelirukan-dewan-anwar-310646

Jika terlepas: Walaupun sertai Hartal, terbukti Doktor Kontrak masih utamakan pesakit

COMMENTS

Wordpress (0)