Kit Siang tetap tegas pertahan tulisan jawi walau dicemuh masyarakat cina, dedah Chin Tong

Kit Siang tetap tegas pertahan tulisan jawi walau dicemuh masyarakat cina, dedah Chin Tong

Kerajaan PH sebelum ini bergelut dalam membicarakan soal dasar pentadbiran di tengah-tengah seterunya memainkan sentimen perkauman antara orang Melayu dan bukan melayu, menurut Senator Liew Chin Tong.

Liew berkata, sementara rasa tidak senang orang Melayu lebih kelihatan disebabkan isu-isu seperti ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd), media bahasa Cina “pro-MCA” pada masa sama turut memainkan sentimen masyarakat itu.

Katanya, isu seperti penghapusan hukuman mati, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan pelajaran Jawi sebanyak tiga halaman dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 dipaparkan secara emosional di kalangan orang Cina.

Liew berkata, keadaan perkauman itu bahkan mempengaruhi sejumlah pihak dalam DAP.

“Situasi politik yang sangat bernada perkauman yang kita

hadapi setiap hari membuat kita lupa sejarah, bahkan di kalangan pemimpin dan ahli DAP,” katanya dalam buku terbarunya, Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter.

“Dalam isu Jawi, ramai yang tidak tahu bahawa pada 1967-1968, DAP menerbitkan (akhbar) Roket edisi bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

“Kit sendiri belajar Jawi ketika pertama kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Muar dan malah mengajar anaknya Guan Choon,” tambah Liew, merujuk veteran DAP Lim Kit Siang dengan nama timangannya.

Liew berkata Jawi adalah tulisan dan bukannya bahasa, tetapi digambarkan sebaliknya di media Cina tertentu.

Bekas timbalan menteri pertahanan itu berkata isu itu meletus pada Julai 2019 apabila sebuah akhbar harian utama berbahasa Cina memaparkan kisah guru yang dilatih untuk mengajar enam halaman tulisan Jawi – kemudian dikurangkan kepada tiga – untuk murid darjah empat di sekolah vernakular.

“Selama berhari-hari, itulah satu-satunya isu yang dibincangkan dalam akhbar Cina,” jelasnya, dan berkata sejumlah akhbar Cina menggambarkan ia sebagai usaha Islamisasi di kalangan masyarakat itu.

“Seolah-olah saraf kegelisahan masyarakat Cina diserang. Kit cukup berani untuk berdepan perkara itu.

“Dia berkata belajar Jawi tidak mengurangkan identitinya sebagai orang Cina dan mungkin telah membantu meningkatkan identitinya sebagai warga Malaysia,” katanya lagi.

Liew berkata juga telah berusaha menjelaskan isu tersebut, dengan menceritakan pengalamannya belajar Jawi ketika di Universiti Kebangsaan Australia.

Kit Siang tak berganjak

“Pengalaman itu adalah antara yang paling menyeronokkan dalam pendidikan tinggi saya. Identiti saya tidak berubah. Sebaliknya, ia hanya memperkaya pengalaman saya. Bagaimanapun, penjelasan kami tidak didengar.

“Ketika isu ini kan memuncak, saya diserang di internet sementara Kit malah dicemuh dalam majlis makan malam di kawasannya sendiri.

“Video dia kena boo ditularkan oleh seteru DAP dalam usaha mereka membuktikan DAP telah hilang kepercayaan rakyat. Kekecohan itu sangat besar,” katanya lagi.

Namun, Liew berkata, Lim tetap tidak berganjak di sebalik kemarahan terhadapnya.

“Dia harus menerima kemarahan yang sedang diapi-apikan dan memilih pendekatan jalan tengah,” katanya lagi.

Sentimen orang Cina, kata Liew, memberi kesan besar kepada pandangan orang Melayu.

Dia membandingkan isu itu dengan kebangkitan tarian singa dalam komuniti Cina pada 1980-an, selepas menteri dalam negeri ketika itu Ghazali Shafie berkata ia patut ditukar kepada “tarian harimau” agar sesuai dengan karakter Malaysia.

“Gelombang penentangan besar dalam isu Jawi di kalangan orang Cina memprovokasi orang Melayu. Sebagai tindak balas, kempen ‘utamakan barangan Muslim’ yang sudah wujud ketika itu diperhebatkan,” tambahnya.

Katanya lagi, kedua-dua pihak pada masa itu turut bertembung dalam soal kehadiran p

Begitu juga katanya, kedua-dua pihak turut bertengkar mengenai isu keberadaan pendakwah kelahiran India Dr Zakir Naik di Malaysia.

Liew berkata bagi orang Islam, Zakir dilihat sebagai seorang yang ditindas oleh negara asalnya sedangkan bagi orang bukan Islam, dia dilihat terlibat dalam penukaran agama.

Liew berkata, permintaan dibuat kepada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad untuk “membawa negara kembali ke jalan tengah” (back to the centre).

“Cara Mahathir adalah dengan ‘membuat semua orang tidak gembira, saya bersikap saksama’. Tetapi kali ini, semuanya berbeza.

“Seperti dalam puisi (William Butler) Yeats, orang yang terbaik kurang tekad untuk bertahan dalam membina naratif Malaysia, orang yang terburuk pula penuh semangat untuk terus melebarkan jurang,” katanya lagi.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/571686

COMMENTS