Kisah P. Ramlee jual ikan di Kampung Fajar

Kisah P. Ramlee jual ikan di Kampung Fajar.Dalam filem GERIMIS, terdapat sebuah babak menarik yang mana Kamal (P Ramlee), seorang pelukis jalanan terpaksa menampung hidup nya dengan menjual ikan dan sayur. Dailog ketika orang2 kampung cuba tawar menawar dengan Kamal sangat mencuitkan hati. Dahlah harga 5 sen, pun hendak ditawarnya oleh seorang makcik. Perwatakan P Ramlee sebagai si penjual ikan memang ‘ awesome ‘, dengan dailog yang bersahaja, sehinggakan kita kesian melihat P Ramlee dalam babak ini.

Untuk pengetahuan anda, babak ini dibikin di sebuah kampung setinggan bersebelahan dengan Studio Merdeka. Berjalan kaki tak sampai 5 minit. Pada waktu itu, kampung itu tidak bernama. Setelah P Ramlee seringkali singgah di kampung itu, beliau telah menamakan kampung itu KAMPUNG FAJAR, dan nama itu melekat hingga ke hari ini.

Jika anda memandu ke arah FINAS dan ZOO NEGARA, anda boleh lihat kampung itu yang terletak di sebelah kiri tepi jalan sebelum tiba di FINAS. Sekarang ini, ia telah diwartakan dan lengkap dengan signboard KAMPUNG FAJAR .

Keadaan sekitar kampung itu masih berwajah setinggan, hanya infrastruktur sedikit berubah mengikut peredaran zaman.
Satu lagi cerita.

Pada setiap pagi sebelum shooting, P Ramlee seringkali singgah di sebuah rumah di Kampung Fajar. Rumah itu adalah milik Karuppiah, seorang tukang kebun di Studio Merdeka. Apa P Ramlee buat kat sana? Rupa2nya sebelum shooting, P Ramlee mesti pekena tosai buatan isteri Karuppiah. Mungkin dari pergaulannya dengan Karuppiah, beliau mendapat ilham untuk bikin filem GERIMIS.

Kisah P. Ramlee jual ikan di Kampung Fajar

Sebagai membalas budi Karuppiah, P Ramlee seringkali mengajak Karuppiah jadi pelakon extra dalam filem beliau. Biasanya, sebagai pelakon extra, Karuppiah akan dibayar 15 ringgit sehari.

Kadangkala, P Ramlee sengaja ‘ drag ‘ shooting babak itu hingga ke 7 hari atau lebih, supaya Karuppiah dapat bayaran terkumpul melebihi gaji tukang kebun nya sebanyak 80 ringgit sebulan.

Walaupun Karuppiah dan isterinya sudah lama meninggal dunia, keluarga nya masih menetap di sana. Anak perempuan mereka ( yang sudah pun lanjut usia) pernah menjaja vadai di depan deretan rumah kedai di Taman Permata, lebih kurang 10 minit memandu dari rumah mereka.

Begitulah kisah Seniman Agung yang sentiasa gemar bercampur gaul dengan orang2 kebanyakan.
fonzz

Sumber:

BACA JUGA : Panas !!! Datuk remaja kena mandi jenazah akhirnya bersuara
Selepas matahari tiruan, kini China bina bulan tiruan pula
Lantang lawan rasuah, bos Mydin dedah pernah dipanggil ‘individu berpangkat tinggi’

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)