Umno

Kisah lebai dengan dalilnya…

Kisah lebai dengan dalilnya…

Pemburu: Lebai, saya nak tanya satu soalan, boleh?

Lebai: Boleh, tuan. Apa soalannya tu?

Pemburu: Macam ni Lebai. Kelmarin saya pergi memburu. Sewaktu saya dalam perjalanan tu, saya terlihat seekor rusa liar telah masuk perangkap. Saya tak tahu perangkap siapa. Tapi saya biarkan saja dan terus masuk lagi ke dalam hutan.

Kisah

Kisah lebai dengan dalilnya…
BACA JUGA : Tular gambar pemimpin Umno dalam jet eksekutif PM

Lebai: Lepas tu?

Pemburu : Selepas hampir dua hari memburu, nasib saya tak berapa baik, seekor binatang pun tak dapat. Jadi, awal pagi tadi saya pun keluarlah dari hutan.

Lebai: Jadi?

BACA JUGA : Apa hala tuju sebenar kerajaan baharu?

Pemburu: Dalam perjalanan balik tu, saya lihat rusa tadi masih ada dalam perangkap tu. Jadi, saya pun ambil lah rusa tu bawak balik dan sembelih.

Lebai: Jadinya?

Pemburu: Jadinya, saya nak tanya lebai ni. Boleh ke saya ambil dan sembelih rusa tu? Halal ke?

BACA JUGA : Ismail Sabri masih bawa ‘badi’ Langkah Sheraton

Lebai: Ooo.. Macam tu. Sebab perangkap tu bukan tuan punya, maka sepatutnya tuan tak boleh ambil rusa tu. Haram kalau tuan makan daging rusa tu.

Pemburu : Ooo… Begitu ya lebai. Kalau macam tu tak apa la. Saya ingat tadi, kalau boleh makan, saya nak bagi sebelah peha dengan daging kat lebai. Tapi, tak jadi lah.

Lebai: Kejap tuan, saya rujuk kitab lagi satu.

BACA JUGA : Gempar !!! Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat?

Pemburu: Ada kitab lain ke lebai?

Lebai: Ada ni. Melihat pada mudharat kecil dan mudharat besar, kalau tuan tak ambil rusa tersebut, mungkin rusa akan kelaparan dan mati begitu saja. Jadi, tuan dah memilih mudharat kecil dengan mengambil rusa tersebut untuk mengelakkan mudharat besar iaitu rusa tersebut mati kelaparan dan tak siapa pun boleh makan.

Pemburu : Oooo macam tu pulak ya Ustaz. Kalau macam tu, saya balik dulu la.

BACA JUGA : Panas !!! Ku Li gesa undi percaya terhadap Ismail disegerakan

Lebai: Mana daging rusa tu? Tadi kata nak bagi kat saya.

Pemburu: Sebenarnya rusa tersebut tak ada pun. Sekadar saya nak tengok pendapat lebai.

Sumber :

CATEGORIES