Kisah disebalik tuntutan Batu Puteh

Kisah disebalik tuntutan Batu Puteh.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menuntut supaya keputusan kerajaan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurutnya, , Kesultanan Johor mempunyai hak ke atas pulau tersebut dan proses tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini tidak melibatkan Sultan Johor atau kerajaan negeri.

“Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh berada dalam kawasan atau wilayah Johor, jadi sebarang perbincangan perlu melibatkan Sultan Johor dan kerajaan negeri, pulau ini bukan dimiliki kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan boleh bertukar ganti. Siapa pun yang menjadi kerajaan sama ada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), namun perbincangan perlu melibatkan kerajaan Johor.

Kisah

“Ini melibatkan wilayah dan kedaulatan Johor serta Malaysia,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini.

Pemimpin PKR itu mengulas langkah kerajaan yang bersetuju pasukan petugas khas diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian.

Pada 9 Oktober lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyemak semula berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran dalam kes Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

Pada masa yang sama, kata Ismail Sabri, jemaah menteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes berkenaan.

Untuk rekod pada 2018, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan untuk berpihak kepada Singapura dalam isu perselisihan wilayah di pulau itu.

Pada penghujung Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerajaan PH pimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ berkenaan.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594939

BACA: Gempar !!! Pelakon terkenal dicekup positif dadah

COMMENTS

Wordpress (0)