Kisah ‘amoi’ cantik suka pakai tudung walaupun bukan islam dapat perhatian masyarakat

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Kisah ‘amoi’ cantik suka pakai tudung walaupun bukan islam dapat perhatian masyarakat amoi twitter amoi cantik kisah cinta kita kisah dunia kisah cinta kita drama kisah nabi kisah seram kisah rumah tangga kisah untuk geri kisah cinta rumi [/bg_collapse]

 

“Saya bukan Islam tapi saya suka pakai tudung”. Tidak kira apa pun kaum, tudung sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam di negara ini.

Namun, gaya pemakaian tudung sebagai fesyen kini kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bukan muslim.

Buktinya, seorang pengguna Twitter atas nama Jia Qingg mengakui beliau gemar, bahkan beliau sering kelihatan memakai tudung untuk ke mana-mana jua.

[bg_collapse view=”button-green” color=”#4a4949″ expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

“Saya orang Cina, saya suka berhijab (bertudung),” tulisnya di Twitter kelmarin. Hantaran yang dikongsi 4,900 warga maya setakat ini turut memuatkan beliau mengenakan tudung di tepi jalan raya.

“Saya bukan Islam tapi saya suka pakai tudung”

Menjawab pertanyaan ramai, Jia Qingg mengakui selesa bertudung mungkin disebabkan beliau berkawan dengan ramai orang Melayu.

“Mungkin sebab saya dah berkawan lama dengan orang Melayu kot, bila saya tengok kawan bertudung nampak ayu saja semua. Saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat rasa tenang saja,” kata gadis berasal dari Kedah.

Memuat naik foto pertama kali bertudung, Jia Qingg pada bebenang sama berkata beliau mula mencuba tudung, dipercayai milik rakan sekolahnya, sejak tahun lalu dan berhasrat untuk terus memakainya setiap hari.

Selain beliau, beberapa wanita keturunan Tionghua lain, juga bukan beragama Islam turut berkongsi cita rasa, bahkan mereka turut memuat naik foto bertudung pada bebenang sama.

“Oh tuhan, saya juga Cina tetapi suka bertudung,” kata Yungg Chenn.

“Kita geng,” kata Yennie Ruby Yen.

omg im also a chinese but likes to berhijab 😱

Kisah 'amoi' cantik suka pakai tudung walaupun bukan islam dapat perhatian masyarakat amoi twitter amoi cantik kisah cinta kita  kisah dunia kisah cinta kita drama kisah nabi kisah seram kisah rumah tangga kisah untuk geri kisah cinta rumi

Semakan ProjekMM mendapati foto bertudung yang dimuat naik ke Tw1tter sangat mirip wajah sebenar mereka pada profil Tw1tter.

Selain itu, kebanyakan warga maya memuji kecantikan mereka apabila mengenakan tudung, malah ada antara mereka mengajak untuk menganut Islam.

Untuk rekod, berdasarkan laman web Islami.co, pemakaian tudung juga diamal wanita Yahudi berdasarkan kitab Talmud.

Contohnya, kelompok Yahudi di Lev Tahor di Kanada yang kuat menentang zionisme ke atas Palestin, memakai tudung dan busana labuh serta longgar.

Tonton:

Berita Lain:

Diana Rafar dedah perangai sebenar Zamarul, “dah tak tahan rasa macam nak bercerai!”

Akhirnya terdedah pilot misteri yang berjaya tembak 10 jet Rusia

“Akakkk..akakkk….”, sayu dengar panggilan burung ni, terpaksa berpisah dengan tuannya

[/bg_collapse]