“Kirim salam PPRT pada Annuar Musa, Asri tunggu kau kat bawah”

KIRIM SALAM PPRT PADA TAN SRI ANNUAR HAJI MUSA. ASRI TUNGGU KAU KAT BAWAH

Hampir 1 tahun lebih saya turun naik Pejabat Kerajaan wakili Encik Mohd Asri Bin Hassan bagi mendapatkan Rumah PPRT. Encik Asri ni OKU tak ada kaki. Jadi agak mustahil untuk dia berurusan dengan Kaunter Kerajaan. Jadi, saya menulis surat bagi pihak nya.

"Kirim salam PPRT pada Annuar Musa, Asri tunggu kau kat bawah"

(1) 20 Julai 2020 – Satu surat di tulis kepada KSU KPKT, Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan

Surat diambil maklum dan saya ditemukan dengan PTD bernama – En Eruan Bin Abi. Seorang anak Sarawak yang berjaya menyampaikan Dasar2 Kerajaan dengan baik.

Dalam pertemuan, En Eruan memaklumkan – Dia telah kehabisan Bajet. Eruan mencadangkan, saya menulis surat kepada En Jayaselan, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara.

(2) 18 Aug 2020 – Satu surat di tulis kepada En Jayaselan A/L K. Navaratnam, KP Jabatan Perumahan Negara

Surat diambil maklum dan saya dihubungi oleh En Suhaimi Bin Sawal, KPPK Cawangan Pengisian PPR.

En Suhaimi memaklumkan, kuota untuk kemasukan belum dibuka lagi. Jadi dia mencadangkan – Saya menulis surat ke Dato Bandar Kuala Lumpur.

(3) 26 Aug 2020 – Satu surat di tulis kepada YBhg Dato Norhisham Bin A Dahlan, Dato Bandar DBKL

Surat diambil maklum oleh Tuan Haji Anuar, Pengarah Jabatan Perumahan. Dia atau Pegawainya tidak menghubungi saya.

(4) 18 Nov 2020 – Saya diberi maklum, surat telah diminit kepada En Norazam. Jadi saya menghantar email kepada – [email protected]

(5) Dalam Nov 2020, wakil saya Puan Intan ada dihubungi oleh En Noorazam. Saya melantik wakil untuk bantu Arwah Asri menyediakan – Macam2 dokumen. Dokumen berjaya disediakan

Setelah 1 Bulan, permohonan Asri tidak bergerak. Kehidupan Asri yang dari daif menjadi lebih daif. Asri jatuh sakit.

(6) 1 Dec 2020 – Saya membawa suara Asri ke YB Tan Sri Annuar Musa yang pada ketika itu adalah, YB Menteri Wilayah Persekutuan

Saya call Pejabat YB Menteri KPW untuk memastikan surat saya itu telah selamat di terima.

Setelah berkali2 call, saya berjaya bercakap dengan SU Pejabat. SU Pejabat mengesahkan – Surat saya berkaitan Asri sudah diserahkan kepada YB Menteri Wilayah.

Setelah dari itu, saya pon tunggu punya tunggu. Tak sabar2 nak maklumkan kot2 ada khabar gembira buat En Asri.

6 Bulan tunggu – Tak ada khabar berita. Surat saya juga tidak di balas

Saya minta Asri bersabar. ” Menteri ni sibuk. Ada Pegawai untuk bantu kerja – Tak buat apa. Datang meeting pon semua nak habiskan Karipap saja “. Saya buat jenaka untuk memujuk hati Asri.

Awal Aug 2021, Tan Sri Annuar Musa masih tidak membalas surat. Hinggalah pada 16 Aug 2021, Kabinet terbubar kerna perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

(7) 3 Oct 2021 – Asri pon meninggal dunia. Hajat untuk menduduki Rumah PPRT terkubur bersama jasad nya

Selama bertahun2, saya banyak menulis surat untuk mereka2 yang tak ada suara. Antara surat itu kepada.

1) DS Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas (Replied)
2) TS Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang (Replied)
3) DS Salahuddin Ayob, Ahli Parlimen Pulai (Replied)
4) DS Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Dato (Replied)
5) DS Najib Razak, Ahli Parlimen Pekan (Replied)

Tiba giliran Tan Sri Annuar Musa – Surat tak di balas. Mungkin saya kena jadi Kontraktor dahulu, baru dibalas agak nya.

Saya menulis bukan untuk saya. Aku menulis untuk orang yang tak ada upaya.

Saya minta maaf pada Asri kerna tak berjaya membantu beliau. Sukar saya nak maafkan diri kerana saya selalu suruhkan masyarakat percaya pada – Sistem Perkhidmatan Awam.

Al-Fatihah buat Asri.
( 21 May 1967 – 3 Oct 2021 )

Sumber :

BACA JUGA : Ratusan tulang manusia 7,000 tahun ditemui dalam gua di Arab Saudi

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : “Kirim salam PPRT pada Annuar Musa, Asri tunggu kau kat bawah” […]