Kilang meletup, 50 cedera dan seorang maut

Kilang meletup, 50 cedera dan seorang maut.Letupan besar di sebuah kilang busa polistirena di pinggir bandar ini awal pagi semalam turut menggegarkan beberapa bangunan berdekatan, termasuk Hospital Chularat 9 dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Sekurang-kurangnya 50 orang cedera dan seorang maut, manakala ratusan penduduk terpaksa dipindahkan, termasuk lebih 100 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) serta pesakit Covid-19.

Kebakaran yang berlaku 2.50 pagi (waktu tempatan) di kilang di daerah Bang Phli, wilayah Samut Prakan itu turut menyebabkan bangunan dan rumah berdekatan mengalami kerosakan.

Lebih 15 jam selepas letupan dan kebakaran, pihak bomba masih lagi bergelut untuk mengawal kebakaran. Kepulan asap hitam pekat dapat dilihat keluar dari kilang terbabit.

Pasukan bomba melaporkan seorang anggota mereka terbunuh dengan 12 yang lain cedera.

Sementara itu, pihak berkuasa bencana tempatan melaporkan 70 rumah dan 15 kenderaan mengalami kerosakan.

Mangsa yang cedera termasuk lima sukarelawan, manakala 70 rumah dan 15 kenderaan rosak.

Ketua Pencegahan dan Pengurangan Bencana Daerah Bang Phli, Somsak Kaewsena berkata penduduk yang tinggal dalam jarak lima kilometer diarahkan berpindah.

Bangkok Post melaporkan kilang itu mempunyai kira-kira lima atau enam gudang yang menyimpan 50 tan bahan kimia.

Letupan itu menggegarkan bangunan terminal di Lapangan Terbang Suvarnabhumi namun operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa.

Tentera Diraja Thai turut menghantar dua helikopter untuk membantu memadam kebakaran dan memantau situasi.

Punca letupan masih belum diketahui.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/07/06/letupan-kilang-di-bangkok-gegarkan-lapangan-terbang-hospital/

jika Anda terlepas: UFO bersaiz gergasi berjaya dirakam

CATEGORIES