Kieda Crepe makin popular, tengah malam pun orang beratur lagi

Kieda Crepe makin popular, tengah malam pun orang beratur lagi

Kieda Crepe makin popular, tengah malam pun orang beratur lagi. Kalau sebut Kieda Crepe, buat peminat dessert tentu sudah tidak asing lagi bagi mereka. Walau bagaimanapun, sekadar info usahawan yang dikenali sebagai Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra, 25, merupakan pengusaha crepe ciptaannya sendiri yang dinamakan Kieda Crepe.

Kieda yang mengusahakan kedai makanan di Kepala Batas telah menawarkan pelbagai jenis dessert yang termasuklah crepe, kek, puding dan biskut. Boleh dikatakan, Kieda Crepe ini antara yang cukup viral dan meletop sejak kebelakangan ini sehingga menjadi buah mulut warganet.

Satu perkongsian yang menjadikan Kieda sebagai inspirasi ini juga menarik tumpuan ramai selepas seorang pengusaha yang dikenali sebagai Syukor Majid berkongsikan kisah mengenai ibunya yang mengajaknya ke kedai Kieda Crepe pada pukul 11 malam.

Dia yang juga akui dan memuji kehebatan penangan viral Kieda Crepe turut sempat meluahkan rasa terkedu apabila setelah sampai pada jam 11.30 malam, masih lagi panjang pelanggan beratur yang mana dia yang menyertakan rakaman video pendek ini memaparkan meskipun lewat malam namun tetap ramai pelanggan sanggup beratur.

“Tahniah kak @kiedaamy semoga terus berjaya. Inspirasi kepada kami peniaga-peniaga kecil…” tulis Syukormajid. Selain Kieda Crepe, pengusaha jenama Syukur Burger ini turut menerima pelbagai komen daripada warganet yang ada antaranya menjadikan mereka inspirasi dengan kisah kejayaan mereka sebagai usahawan.

Kieda Crepe makin popular, tengah malam pun orang beratur lagi

“Saya suka tengok…”

“Memang telus…”

“Kieda Crepe ni macam…”

@syukormajid Tahniah kak @kiedaamy semoga terus berjaya. Inspirasi kepada kami peniaga-peniaga kecil. Doakan #syukorburger ♬ original sound – Aina Abdul Devotee – AinaAbdulDevotee

Kieda

BACA:

Kecoh polis trafik pukul pemandu trailer ketika bertugas

Majoriti bahagian Umno sokong Ismail jadi PM selepas PRU-15

Tular gaya Tokti buat aksi latihan Muay Thai, netizen perasan sesuatu pula

CATEGORIES