Khianat : Pemuda Amanah Bermesyuarat Tentukan Kedudukan YB Hasnul

Pemuda Parti Amanah Negara dalam satu kenyataan hari ini melahirkan kekesalan dengan tindakan yang dilakukan Ketua Pemudanya berhubung krisis di Perak.

YB Hasnul mengumumkan keluar PH dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional hari ini. Tindakan itu menjadi tindakan pengkhianatan pertama daripada Parti Amanah Negara yang sebelum ini kelihatan amat berprinsip sepanjang krisis ini berlaku.

Kenyataan Penuh  Pemuda :

Kami mengambil maklum sdra YB Hasnul Zulkarnain telah mengumumkan beliau menjadi ADUN Bebas di negeri Perak.

Pemuda AMANAH Nasional berasa amat kecewa dengan tindakan YB Hasnul yang jelas sebuah pengkhianatan. Pihak kami juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang membelakangkan mandat rakyat sekaligus mengkhianati perjuangan dan amanah rakyat.

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan beliau didalam Jawatankusa Pemuda AMANAH Nasional.

Muhamad Fadzil Ahamad
Setiausaha
Pemuda AMANAH Nasional